Selepas dua tiga hari tangan aku masih 'gatal' untuk memancing lalu phone member cina aku ngan member dia kami tiga orang pergi memancing bawah jambatan pulau pinang. Tak pernah terlintas apa apa difikiran melainkan menikmati keindahan pulau pinang dimalam hari dari bawah jambatan sambil "menyentak" apa yang boleh di "sentak". Aku memancing mengadap ke sebelah feri dan member satu lagi mengadap ke pulau jerjak. Member cina aku sedang tidur berselimutkan tikar yang dibawa kerana angin agak kuat dan sejuk selepas setengah jam kami memancing walaupun laut tenang dan tiada berangin sebelum itu.
Keadaan memang sunyi sewaktu bunyi "keboom' dihadapan dan aku terkejut lagi sewaktu ashik melayan pancing ". Disini pun orang buang sampah"aku berfikir didalam hati sambil memerhati kearah gumpalan didalam kesamaran "Eehh sampah itu bergerak gerak macam kepala orang ada tangan melambai lambai sah orang bunuh diri terjun jambatan mesti cina sebab tangan yang melambai berkulit putih" . Itu yang terlintas difikiran ku Perlukah aku selamatkanya dan bagai mana tetapi aku tidak mendengar walaupun sedikit suara meminta pertolongan atau suara lemas kerana dekat walaupun keadaan ketika itu berangin dan ombak yang agak kuat . Member seorang lagi juga perasan dan melihat itu bukannya sampah tetapi orang dan kami tergamam dan berpandangan sesama seketika dan keadaan tiba tiba seperti menjadi sepi dan menyeramkan dan kami berpakat dengan mengejutkan member cina yang sedang sedap tidur untuk menalipon polis selepas mangsa tengelam dan hilang dari pandangan dibawa arusJam menunjukkan pukul lima pagi.
Tahu apa yang keluar dari mulut "Si Aboi" selepas mendengar cerita kami " itu adalah Orang kayangan" " jangan pi kacau sama dia "t engoklah tiang kita duduk dekat saja dengan darat mana ada orang mau bunuh diri sini " Fikir logik la " "lu orang sudah sejuk dan tak sembang sebab itu orang kayangan turun" tadikan pakcik bot sudah cakap " pancing bawah jambatan terutama malam hari buat tak tahu aje apa yang berlaku Sebab perkara macam itu biasalah lagi pun tiang yang kami memancing memang begitu hampir dengan daratan dan memang bukan tempat yang sesuai dan startegik untuk bunuh diri ".
Aku masih tak puas hati sebab berlaku didepan mata aku nampak kepala dan tangan terkapai kapai seketika sebelum tenggelam tetapi tiada bersuara Kejadian berlaku di tiang 82 bukan 56 dan lebih kurang sepuluh tahun yang lalu aku pernah menyaksikan anggota polis memujuk seorang dari terjun dan kejadian berlaku ditengah jambatan bukan tepi berhampiran pantai Tiang 82 terletak dipertemuan antara arah dari sebelah bayan lepas dan queenbay dan arah dari highway jelutung jika keluar dari pulau dan permulaan pemisah arah queen bay dan bayan lepas dan arah ke julutung jika dari seberang perai pulau pinang Tiangnya berada betul betul dibawah highway sign board. Sewaktu pulang ke seberang perai lebih kurang pukul 9 pagi aku melihat sebuah motosikal yamaha sport tidak bertuan berada betul diatas dengan tempat "keboom" Aku pun hairan kenapa pilih kawasan itu yang berdekatan dengan pantai dan pertemuan dua jalan susur masuk kejambatan yang dibawahnya disokong oleh tiang yang bernombor 82 Aku pun tidak tahu sama ada mayat itu dijumpai atau tidak hanya selepas dua tiga hari baru kejadian bot naga tenggelam dan enam student mati berlaku Tiang 82 "dalam' walaupun hampir dengan daratan itulah kata pakcik bot dan hanya tiga ekor duri seberat 700gm berjaya dinaikkan dan seekor "malong" seberat 5kg lain lain lima enam ekor gelama "tongsan'' termasuk 500gm kerapu singa yang dibuang balik" hahaha Pancing jangan tak pancing On the way balik rumah teringat rasa macam geli nak makan ikan tu pulak entah apa yang dimakannya di bawah laut bawah jambatan pulau pinang tu.....
No comments:
Post a Comment