nnn

Wednesday, August 27, 2008

Akim Gagal Mencapai Sasaran


Pilihanraya kecil (P44) Permatang Pauh selesai tanpa insiden huru-hara walaupun sedikit tegang sewaktu proses pengundian berlangsung. Keputusan rasmi telah pun diketahui umum baik dari media kerajaan mahupun media pakatan rakyat. Tetapi rasannya tak ramai yang mengambil berat tentang keadaan Hanafi Ahmad dari AKIM yang turut tidak ketinggalan bertempur di Permatang Pauh sekalipun dikatakan hanya sekadar menjadi pelanduk diantara 2 Gajah yang sedang mengamuk. Apakan daya ternyata Hanafi yang mensasarkan 100 undi sahaja gagal juga akibat jentera yang kurang bertenaga (3 orang ahli saja yang datang membantu).


Namun apa yang menarik disini ialah dari 92 undi yang diperolehi telah diketahui salah seorang insan mulia yang sanggup mensedekahkan undi beliau kepada Hanafi. Tak lain dan tak bukan ialah rakan kita dari Printhead Department yang telah menukar fikiran disaat akhir. Sebabnya hanya beliau sahaja yang tahu. Pencarian pengundi yang selebihnya masih dicari walaupun pilihanraya telah berakhir. Manalah tahu mungkin YB Saleh juga terlibat dalam kes ini. Sedikit berita yang diterima khabarnya Hanafi mengutip sendiri semua poster-posternya bagi mengelakkan disaman. Beliau juga hilang wang pertaruhan RM15000 namun itu sudah diredhai kerana sekalipun sasaran 100 undi dipenuhi wang pertaruhan akan tetap hangus.


Tahniah kita ucapkan pada Saudara Hanafi kerana Berani bertarung dengan 2 gergasi dalam Pilihanraya paling berhantu dalam sejarah.

Monday, August 25, 2008

Cuti umum 26 Ogos 2008

Bila Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng mengumumkan 26hb (Selasa) Ogos adalah hari cuti umum aku dah mula terbayang nak terjun ke Permatang Pauh , maklumlah selain dari tengok 2 gergasi bertarung dapat juga tengok pendekar kebanggan kita YB Saleh yang konform tak akan masuk kerja pada tarikh keramat tu. Bila datang kerja banyak pula orang yang pakat talipon aku tanya "esok macam mana" . Soalan tu patut kena tanya YB Saleh .
Semalam kira-kira sejam sebelum Lim Guan Eng buat pengumuman dia dah hantar mesej kat aku Penang dapat cuti umum pada hari mengundi ..siap gerenti lagi.
Tapi apa yang terjadi hari ini adalah memang sudah dijangka ....KITA KERJA MACAM BIASA.
Aku walaupun tak mengundi dah bercadang nak jenguk2 SB kita kat sana , sebab kali ni macam pesta polis pulak yang aku dengar . Ada skuad bom , skuad motor besar , motor lasak, FRU , UTK bahkan helikopter pun sentiasa merayau kat langit.
Morale of the story ialah ....kot mana pun hasil Permatang Pauh kita masih lagi mengkuli kat tempat kerja . Kalau nak salahkan YB Saleh pun tak boleh jugak sebab dia pun masih kerja kat Flex sebagai Test Specialist. Kerja dengan Guan Eng tu part time saja. (Ponteng kerja la jawabnya)
HR ada sediakan bas untuk pergi mengundi pada pekerja shift tapi aku tak yakin boleh selesai dalam 2 jam . Naik motor pun sangkut inikan pulak bas kilang.

Apa-apa pun aku nak mengucapkan selamat mengundi kepada semua yang layak mengundi termasuk pengundi hantu.

Kalau tak boleh nak pilih antara BN dan PKR jangan lupa kita masih ada AKIM.

Sasssss !!!!!!

Saturday, August 23, 2008

Kenangan Terindah Jejaka EO


Dulu beliau adalah salah seorang tokoh yang memperkuatkan Printer Line bukan sahaja untuk Engineering tapi juga Production. Tapi keadaan yang tak dijangka telah membawa hero kita ni menerjah dermaga Printhead yang asing baginya. Printer A terutamanya agak kelam sikit tanpa tawa mengilai ala pontianak tidak lagi kedengaran cuma sekali sekala digantikan oleh ......nazira (tak tau siapa tanya orang)

Apapun kita harap beliau bahagia walau tanpa Azwan disisi. Taufeek juga tak mungkin dapat melupakan kenangan manis bersama Irwan dimusim Stingray berhujankan Mantaray. Walau sering digosip namun kemanjaannya tetap terserlah.
Harapan kita semua semoga satu hari nanti jejaka ini akan kembali menerajui alam Printer yang penuh dengan trolley skrap dan besi-besi mooshine berbau Solectron


Selamat Menyambut hari kemerdekaan Brader ...
lepas merdeka posaa nooo...








P/S : Lan apa habag sihat ka ?

Baguih punya KAIZEN !!!



Before KAIZEN
Macho dan Bergaya
Misai kemas dan Rapi






After KAIZEN -

Rambut Ikal Mayang
Takde misai ....jimat pisau cukur dan tiada kelemumur
Cunnn !!!

Permatang Pauh is Back

YAHHH !!!!!




Saksikan YB Saleh beraksi di Permatang Pauh !!!!
Tarikh keramat 26 August 2008.


Awas Saleh kalau kalah !!! 1 bulan hang tak boleh turun kantin !!!!

( Tapi kalau hang turun pun tak boleh jugak ..bulan 9 Ramadhan laaaa...)
P/S : Baju free tak dak ka ?

Siapa Makan Siapa ?


Siapa sebenarnya yang sedang dikaji?


Printer yang dalam proses atau kepala otak kita yang sedang diproses untuk terima ideologi baru.


? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?

Friday, August 22, 2008

Ini Baru Sikit !!!


Kepada rakan-rakan yang enggan bagi gambar kat aku pada hari Jumaat yang lalu jangan ingat aku tak dapat gambar tu.
Material tu dah ada dalam genggaman aku dan telah bersedia untuk aku publish saja.
Siapa yang ada kat level 3 masa tu pasti kena jaga-jaga sebab silap sikit akan digosip dengan liar.
Gambar kat atas ni senang-senang saja kalau nak karang cerita mitos rakyat flex tapi memandangkan dah basi aku rasa tak payah kot.
Tokoh dalam gambar tu amat popular kat Flex sebelum dibeli oleh yang terjual (mau paham maksud tu).
Sekarang ni dengan projek caca marba dan segala mak nenek rasa macam dalam proses tukar kerajaan pulak. Sekarang ni baru terasa bahawa kita ni tak lah hebat sangat kalau nak dibandingkan dengan "depa" tu kat seberang sana. Dulu lain sekarang lain sempadan merata-rata. Baru kita tau bukan orang kat bawah saja kena buat wayang kulit ...sekarang ni kepala-kepala kita pun banyak jadi tokeh panggung wayang. Sapa yang duduk kat level 3 boleh nampak dan boleh rasa pun bahang dia. Apakan daya dah jadi kuli berdaftar ...ikut saja la. Bila pangkat bos makin kecik pangkat kita ni apalah sangat.

email

sebarang artikel atau material boleh dihantar ke flexjungle@yahoo.com

Online Keyboards