nnn

Sunday, December 28, 2008

Tahun Baru 2009

Kalau tak tunggu pun akan sampai jugak .
2009 yang tersedia dihadapan kita . . . masih banyak yang perlu dibuat rupanya sebab mungkin tak semua yang "pending" dah selesai pada tahun 2008 yang lalu. Tak payah lah nak dihurai apa yang kantoi dan apa yang marvelous sebab setiap orang tak sama. Tapi yang pasti sama ialah tahun ni pakat buat azam baru , yang lama tu kalau tak boleh ship , scrap saja kot. Bukan boleh RTV pun .
Saja nak peringat yang tahun ni kita kena bersedia dengan "tsunami" yang nak datang. Bukan setakat dari seberang jalan saja tapi al maklum saja dengan keadaan ekonomi dunia. Jangka akan sampai ke pintu depan kita pada Mac depan.
SELAMAT TINGGAL 2008 .

Yang pergi tetap pergi . Yang tinggal teguh berdiri. Jangan lupa diri . Jangan lupa harga diri.

Yang datang biar datang . Yang kuat mesti teguh berdiri.




Saturday, December 27, 2008

Selamat Jalan .....Jumpa lagi

Penghujung 2008 seperti zaman hitam buat A1 bila VSS fasa 1 ditutup cergas dengan rasminya rakan seperjuangan kita melangkah keluar dalam keadaan bersedia. Nasib mereka dah ditentukan , nasib kita harap-harap baik .

Apa pun sama-sama kita mendoakan kesejahteraan untuk mereka dan juga kita sendiri. "Tsunami" semakin hari semakin kuat , yang tak ada tempat berpaut cepat-cepat cari pokok kalau tak nak hanyut.


Adikku hilang - Rabiatul Adawiyah Bt Ngah

Assalamualaikum. . .. Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618( hp) 07-8955761(h) atau e-mailkan ke hazlan_ngah@ yahoo.com secepat yang mungkin.

Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda. Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih.

Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil. Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda. Sekian, terima kasih. Yg m'mnta kerjasama Hazlan Bin Ngah



Kalendar 2009 (May/June)

Masih ada 6 kekosongan untuk diisi dalam kalendar 2009. Teruskan menghantar gambar.
Kepada gambar yang dihantar tapi tidak dimasukkan hanya ada 2 sebab :

1. Quality gambar yang tidak memuaskan (masalah bila diperbesarkan)
2. Belum sampai giliran


Terima Kasih dan harap maklum



Thursday, December 25, 2008

Sajak Kiriman . . . . Endragon

Kau sedang tidur.


Kujumpa kau dan kau bukan siapa-siapa
Hanya seorang yang sedang tidur
Tidurmu nyenyak sungguh sehingga tidak sempat memperduli aku.

Aku tahu kau sedang tidur
Dan aku tak lagi sanggup melemparkan kemarahan ke telingamu.
Seperti tadi ku berhajat mengegarkan rasa sabarmu.


Kau sedang tidur dan mungkin bermimpi,
alun-alunan lagu sepi menusuk masuk
Ke pendengaran mu lunak merdu sungguh.

Di pertengahan jauh malam,
kau masih belum terjaga dari tidurmu
Saudaraku
Tidurlah kau semau-maumu.

Ketika ini aku tengah membuang rasa

Kalendar 2009 (March / April )

Tema bulan March atau April 2009 mungkin adalah "Kopiah".



MAY & JUN 2009 akan menyusul

Thursday, December 4, 2008

KALENDAR 2009

Sorry,

Disebabkan jadual kerja yang sibuk aku tak sempat nak update blog ni walaupun ada beberapa artikel yang dah lama terperosok dalam akaun aku dan disebabkan isinya dah lapuk terpaksa aku scrapkan.
Memandangkan aku ada masa sedikit kali ni tak rugi kalau kita menyambut kedatangan tahun 2009 yang semakin dekat dengan sedikit hadiah kepada semua pelawat2 setia flexjungle .

Ya , kalendar kenangan dari posting sepanjang tahun 2008 dah sedia untuk diberikan secara percuma ! Satu sen pun tak payah bayar ! Kertas bersepah , printer sewa tak keluar duit cuma kena pandai-pandai cover line masa buat printing. Risiko tanggung sendiri.

Untuk mengekalkan unsur kejutan aku tak nak publish bulan-bulan yang selebihnya lagi sebab kalau ada permintaan yang tinggi untuk gambar yang sesuai anda boleh cadang dan aku boleh kaizen kalau sesuai dengan keadaan.
Kepada yang berminat boleh bagi tau dan aku akan hantar soft copy.
Saasss !!!!

Wednesday, October 29, 2008

Suratan atau kebetulan. ...Siap Video Klip




Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan










Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan



Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati


Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang
untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati


Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan




Bimbangkan berulang kesilapan


* Tok Ayah jangan marah ...lawak hujung minggu saja

Tuesday, October 28, 2008

Surau Kita Tanggungjawab Kita



Assalamualaikum wbt.

Surau baru bertempat di level 2 (Oce production) telah siap dibina dan akan digunakan apabila semua kerja-kerja pengubahsuaian di level 2 siap sepenuhnya. Surau baru tidak dilengkapi dgn tikar atau karpet. Terdapat cadangan dr ahli2 jemaah supaya surau baru ini dilengkapi dgn tikar buluh supaya mudah dicuci dan tidak berbau dan didakan kutipan KHAS utk tujuan ini tanpa menggunakan tabung surau yg sedia ada.



Sehubungan dgn itu bagi sesiapa yg ingin beramal jariah untuk membeli tikar buluh ini bolehlah membuat sumbangan kepada saya, Yani atau Zureen. Dijangkakan kita memerlukan 4 keping tikar buluh ( 2 kpg setiap surau). Wang yg selebihnya akan digunakan utk membeli alas kaki utk diletakkan berhampiran tempat mengambil wuduk. Baki dr semua perbelanjaan (jika ada) dari surau baru ini akan dimasukkan kedalam tabung surau.


Bagaimanapun jika sumbangan tidak mencukupi maka wang dr tabung surau yg sedia ada akan digunakan. Utk peralatan lain spt sejadah, cabinet, jam dsbnya. akan dipindahkan dr surau lama A2 dan surau sementara A1. Terdapat juga cadangan utk mengadakan majlis tahlil sempena kemasukkan ke surau baru. Cadangan ini akan dibincangkan kemudian.

Sekian, harap maklumkan kpd rakan2 lain yg tiada dlm e-mail ini.

Wassalam

Amer Saleh

Monday, October 27, 2008

Tak faham jangan tanya

Perubahan untuk kestabilan !

Mungkin itu akan dijadikan alasan yang paling boleh dipakai jika hendak disandarkan pada situasi sekarang yang serba tak menentu dalam menghadapi tekanan dari "Tuan di Seberang Jalan". Sekarang nampak setiap bahagian dah mula buat percaturan yang terbaik supaya tak nampak kudis dan cacat cela. Bos-bos yang dulu malas dengan Sains dah mula cari penunu bunsen , yang tak minat astronomi tiba-tiba minat nak kaji bintang. Jangan terkejut kalau kali ni kita tengok David Beckam jadi Goal Keeper atau Wayne Rooney tiba-tiba jadi pengutip bola sebab ini memang biasa dalam teori kejadian manusia yang didesak menerima perubahan.

Keadaan kali ini sukar diramal dan teori-teori pembaikan imej kita yang dianggap 2nd class oleh "mereka" tu tak menampakkan akan ada penamat. Ada yang terjun kapal bila nampak pantai yang lebih putih , kalau kelabu pun dia akan terjun jugak asal jangan hitam gelap sudah.
Apakah ini satu wabak penyakit yang sengaja dibawa untuk dicuba samada kita "ORIGINAL FLEX" mampu bertahan dan memiliki daya saing mengikut standard mereka yang ada veto ?
Kalau benar pun kita masih bukan buah durian tapi . . . .(bagilah buah apa pun).

Tapi kalau benar kita disini untuk cari makan tanpa mainan politik kerja dan birokrasi yang mengada-ngada , pasti ada tempat untuk kita . InsyaAllah.
Mereka boleh merancang Tuhan tetap penentu.

Saturday, October 25, 2008

Soalan yang senang dijawab susah nak pikir

Kenapa perlu takut dengan handphone bila tak ada apa yang kurang dengan rupa kita ??
Berdasarkan gambar di bawah cuba kupas 3 persoalan ...

Apakah kelebihan insan dibawah ini :

a) Cun/Macho/ Gantang

b) Bijak menggunakan bluetooth dan download

c) Memiliki intergriti sebagai Romeo

d) Ada handphone dengan build in digital camera


Atau kesemuanya sekali ?

Confirm dia Resign !!!!


Cerita ni tak gempar memandangkan banyak yang dah tahu sampai ke Plant yang satu lagi. Dah lama aku nak masukkan cerita dia dalam Blog panas ni tapi tak cukup strong cerita dia. Dah di"pujuk' oleh boss dan department2 yang sewaktu dengannya untuk stay tapi nampaknya tak ada luck lah Flextronics kali ni.
Kemana dia Pergi ??? Dah bocor dah jadi aku tak payah cerita laaa..
Kepada yang berminat nak melepaskan pelukan yang terakhir atau nak bagi hadiah perpisahan hari terakhir Ganesen adalah pada 11/7/2008 (tertakluk pada perubahan).
P/S : Ada Vietnam ingat dia tamat kontrak balik Ipoh

Friday, October 24, 2008

Deepavali Greetings


Kepada semua kawan-kawan yang akan beraya diucapkan
SELAMAT HARI DEEPAVALI .


HAVE A NICE AND HAPPY HOLIDAYS
DRIVE CAREFULLY !

TANDA2 SAKIT - ( Kiriman Nazir Jaafar )

Tanda² Sakit - This is Good..!! Risalah ini bagus untuk anda semua....... ..... Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana KESIHATAN DIRI ANDA :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNGHidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin. ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi. Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu.
a) Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. .
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : i) Sistem jantung yang lemah. ii) Sistem saraf otak yang lemah. iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Lagi lagi Tidur

Ini cerita umpatan terbaru yang flexjungle terima dari seorang individu yang mahu dirahsiakan namanya (Biasa laaa).

Cerita lebih bertumpu pada Pertandingan Dengkur antara "Engineering & Facility". Tempat berlaku pertandingan tak dapatlah di war-warkan untuk mengelakkan dari diserbu pihak berkuasa Flex. Dari sumber yang didengar beberapa warga yang prihatin telah cuba untuk membangunkan kedua-dua mereka itu tapi tak berjaya kerana terlalu teruja dengan proses yang memang sedap lagi mengkhayalkan itu.

Untuk menghangatkan lagi cerita rakaman audio visual juga khabarnya telah diambil . Pertandingan itu berakhir dengan keputusan seri memandangkan kedua-duanya menghasilkan wave yang setara hanya berbeza dari segi tonasi dan gaya individu.

Wednesday, October 22, 2008

Pergi Untuk Oce Kembali Kerana Jupiter

Dulu masa beliau melangkah ke A2 (Dulu P2) banyak awek-awek kat P1 yang tension sebab dah hilang salah sorang abang bermisai yang macho (sorang lagi Thamo). Tapi kini dah balik dah kat A1 atas dasar tanggugjawab. Kepada yang berminat atau nak berkenalan silalah berkunjung ke Jupiter (Ground Floor A1).

Sassss !!!



Stok Baru

Lagi coklat terbaru dari Abg Mi . Kalau dulu kita angkut berpapan -papan . Sekarang cuba pulak dalam botol . Contact no macam biasa .... (selak balik posting yang lama kalau tak ada nombor) .


P/S : Harga dia aku terlupa . Kalau tak silap RM12 kot sebotol .

Ketua Puteri UMNO Flex A1

Ishh malu-malu pulak bila aku nak snap.... Sempat mengelak . Mesti tak perasan sapa ni ?
Indon bukan , Bangla pun dak & Siam belum tentu.

Laaa . . . . Karen rupanya .


Jangan Marah nooo..... melawak saja . Selamat Hari Deepavali !!!

Tuesday, October 21, 2008

Antlantis Dubai . . .Wow !!!








Dikirim oleh : Nazir Jaafar (Plexus)

Luahan Hati dari . . . . .

Baru nak sejuk cerita VSS timbul pulak cerita sadis yang bertajuk " Kita tengok siapa yang kena". Walaupun kali ni tak dibuat cara terhormat tapi lagi tak boleh pakai caranya. Kalau dicakap cara kasarnya macam pembersihan ethnik pulak. Menjadi "original flex" tak membawa sebarang kelebihan langsung malah jadi "moving target" pula. Ada yang dihantar kesana , ada yang dibawa kesinun , ada yang dilayan tak tentu arah dan yang sedapnnya orang yang dok mengarah dah macam tak tentu arah. Apa nak buat nasi dah jadi bubur , nak pandang masa depan pun dah nampak kabur. Dulu tempat luas dah disempitkan. Dari padang bola dah jadi gelanggang sepak raga. Dah dibuat pada mesin dan sistem sekarang nak dibuat pada manusia. Banyak yang tak suka , bersepah yang mesti menyampah tapi apa kan daya budaya serbia dah nak masuk mau tak mau jadi serbia la kita. Nak harap back up dari jeneral dan kolonel kita mampu ke Korea Utara nak lawan Amerika ?
Disamping mengharap nasib kita tak seburuk kawan-kawan kita jangan lupa bahawa langit tak selalu cerah. Jadi standby baju hujan ke perahu ke. Taklah kelam kabut kalau ribut petir atau banjir kilat.
Salam

Dikirim ke Flexjungle oleh : Gerhana Silam

* Sebarang Artikel boleh dihantar ke barua5772@yahoo.com

Sunday, October 19, 2008

Gambar seribu makna...fuhhh !!

" gambar menarik yg diciplak dlm phone mamu " .

Itu saja yang ditulis oleh pengirim yang menamakan dirinya " Maldini " . Diharap lain kali perjelaskan sedikit dengan lebih detail apa yang cuba disampaikan melalui gambar-gambar ini.


Layannnnn !!!!

Saturday, October 18, 2008

Cun punya kereta



Aku tau banyak yang mengharap gambar kontroversi rakan kita yang disebut-sebut dalam chatbox di Flexjungle. Buat masa sekarang dah ada pihak yang menawarkan gambar tersebut untuk paparan umum. Flexjungle masih belum dapat membuat keputusan. Setakat ini proses itu masih dalam perbincangan.

Kita Tunggu dan Lihat saja... Aku tak berani janji


Biarlah gambar kereta yang cantik ini sebagai ganti sebab kalau nak kenal orangnya kena kenal keretanya. No plat tu sahaja aku besarkan untuk peminat nombor nombor bertuah. (paham-paham la)

SASSSS !!!!

email

sebarang artikel atau material boleh dihantar ke flexjungle@yahoo.com

Online Keyboards